RSS

Category Archives: Spirituality

Image

Menjaga Hati

 hati

“Maaf, saya tak dapat bagi tahu awak, sebab banyak hati yang perlu saya jaga”

“Tak pe, saya tak ambil hati pun”

“Kalau nak cepat naik pangkat, awak kene pandai ambil hati bos”

“Hati-hati dengan dia tu”

“Rasa macam tak nak balik je, saya dah jatuh hati dengan tempat ni”

Ini diantara ayat-ayat yang selalu kita guna dalam kehidupan seharian kita yang berkaitan dengan hati. Menunjukkan betapa hati itu satu benda yang  penting, berharga dan sangat sensitif bagi kita.

Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka hati sinonim dengan batin, jiwa, roh, emosi dan perasaan. Rasullullah s.w.t pernah bersabda “sesungguhnya dalam jasad anak adam adaseketul daging, seandainya ia baik maka baiklah anggota badannya, seandainya ia rosak maka rosaklah anggota badannya, ketahuilah ia adalah hati” (HR:Bukhari & Muslim).

Maaf, saya bukanlah orang bijak pandai untuk mengupas persoalan mengenai hati ini. Cuma sekadar ingin berkongsi pengalaman saya sebagai hamba Allah yang tidak terlepas dari diuji oleh maha kuasa. Saya percaya bukan saya saja yang mengalaminya, malah ramai lagi yang mempunyai pengalaman yang sama dengan saya.

Saya sering kali diuji dengan sikap manusia yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan dan kekurangan saya. Mengguna diri saya untuk kepentingan atau kepuasan diri sendiri. Mempermainkan hubungan silaturrahim sesama saudara Islam. Saya sedih dan geram. Serta sakit hati. Dari sakit hati berubah menjadi membenci disulami dengan umpat dan keji. Astagfirullah halazim…hinanya saya ini menghina makhluk ciptaan Allah..maafkan saya. Sesungguhnya saya ini manusia serba daif lagi hina yang tidak terlepas dari membuat kesalahan..

Kenapa saya diuji begini? kenapa perlu saya berjumpa dengan manusia begini? sepatutnya saya tak perlu berjumpa manusia begini…saya rimas..saya marah diri saya sendiri.

jangan-menyakiti-hati-isteri

Sehingga satu  hari saya terbaca satu artikel dari laman sesawang. Menurut artikel itu setiap ujian yang diberi Allah sebenarnya untuk mengajar kita membina kekuatan dan keyakinan dalam hidup kita kerana Allah tidak membebani hambaNya malainkan sesuai dengan kesanggupannya. Bersesuaian dengan firman Allah s.a.w dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Saya mencari titik kesatuan. Saya satukan ujian saya dengan ayat ini. Saya terdiam. Subhanallah. Maha suci Allah. Rupanya Allah mengajar saya untuk menjadi seorang yang kuat terutama menghadapi manusia yang mempunyai pelbagai sifat dan perangai. Allah mengajar saya supaya mencari sahabat yang dapat membimbing kita ke jannah. Mencari sahabat yang menenangkan jiwa. Dan yang penting berwaspada dalam pergaulan seharian kita. Supaya tidak mengundang perkara-perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah s.w.t. Nauzubillah.

Allhamdulillah, akhirnya saya mengerti kenapa saya sering dijuji begini. Saya redha dan bersyukur diuji begini. Ia membuat saya lebih dekat dan tenang dengan Allah. Dan yang lebih penting lagi hati saya semakin tenang menghadapi ujian yang mendatang. Insyaallah.

hati 7

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak mengenai memberi manfaat kepada kita semua.

Wallahhua’llam

H4

(imej: google)

 
Leave a comment

Posted by on December 11, 2013 in Spirituality

 
Image

Ujian hidup

kucing-sepi_sedih

Aku :

Aku tertekan….

Al-Quran :

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (surah Ghaafir, ayat 60)

Aku :

Bila doa aku akan dimakbulkan?

Al-Quran :

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang” (surah Al-Baqarah, ayat 45)

Aku :

Kenapa aku?

Al-Quran :

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (surah Al-Baqarah, ayat 286)

Aku :

Sampai bila?

Al-Quran :

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

Aku :

Namun aku sudah berdoa…

Al-Quran :

“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir ” (surah Yusof, ayat 87).

ujian-allah3

Aku :

Maafkan diriku berkeluh kesah begini…ya Allah…

Al-Quran :

“…dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (surah Al-Baqarah,ayat 199)

pelangi1

redha

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (surah Al-Baqarah, ayat 286)

Amin…ya robbala’lamin…

 

(imej: google)

 
Leave a comment

Posted by on December 9, 2013 in Spirituality

 
Image

Jom Solat Dhuha

Jom Solat Dhuha

Dari Abu Hurairah r.a berkata Nabi Muhammad s.a.w telah berwasiat kepadanya supaya berpuasa 3 hari pada setiap bulan, mengerjakan solat dhuha 2 rakaat dan solat witir sebelum tidur (muntafakun alaih).

foto-dhuha

Bila masa yang sesuai untuk mengerjakan solat Dhuha ni. Sebaik-baik waktu diantara masuk waktu shuru’ sampai matahari naik segalah…maksudnyer sampai matahari naik hingga tegak di atas kepala…lebih kurang begitula..mengikut laman web rasmi Pejabat Mufti Negeri Sarawak, waktu melakukan solat Dhuha ialah dari waktu naik matahari sehingga waktu condong matahari kearah barat dan pengiraan waktu Dhuha secara astronomi adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan ia berakhir setelah masuk waktu Zuhur.

Contoh pengiraan berdasarkan formula astronomi;

Waktu Dhuha   =   Waktu Syuruk + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh)

Contoh Jadual Waktu Sembahyang di Mukah (Zon 4) pada 16 Mac 2011 ;

Waktu Syuruk:  0638 pagi

Waktu Subuh :  0524 pagi

Waktu Dhuha di Mukah pada 16 Mac 2011 ialah :

Waktu Syuruk ( 0638 pagi) + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh) (0638 pagi – 0524 pagi = 1jam 14 Minit @ 74 minit)

= 0638 pagi + 1/3 (74 Minit)

= 0638 pagi + 25 minit

= 0703 pagi adalah waktu permulaan waktu Dhuha pada kawasan tersebut.

Tips-Murah-Rezeki-Solat-Sunat-Dhuha

Seungguhnya solat sunat Dhuha adalah sunat yang dituntut. Besar fadilat dan kelebihan pada sesiapa yang mengerjakannya. Ia bukan sahaja pembuka segala pintu rezeki malah sebagai motivasi kepada semua sekalian hambaNya untuk belumba-lumba memulakan permulaan hari dengan melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik, tenang dan aman di bawah payung rahmat Allah s.w.t. Semoga kita istiqomah mengerjakannya serta melakukan dengan penuh kusyuk dan tertib seperti mana kita melakukan amalan-amalan wajib sehari semalam dalam kehidupan kita.

dhuha11

Wallahua’lam….selamat beramal 😉

 

(imej: google)

 
Leave a comment

Posted by on December 4, 2013 in Spirituality

 
Image

Doa Penerang Hati

Doa Penerang Hati

 

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi satu doa iaitu doa penerang hati. Saya percaya semua orang tahu akan doa ini. Doa yang pendek dan ringkas. Sesuai bersempena final exam kite esok lusa ni. Semoga Allah terangkan hati, tingkatkan kefahaman dan permudahkan urusan kita…amin..

Ok…selamat beramal 🙂

 

(imej: google)

 
3 Comments

Posted by on November 29, 2013 in Spirituality

 

Salam Maal Hijrah 1435H

maal-hijrah-card

 

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini, ingin ku mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1435h. Semoga di tahun baru ini membawa cahaya baru dalam kehidupan kita.  Tinggalkan segala keburukan yang kite lakukan. Belajar dari kesilapan dan berusaha untuk meninggalkannya. Mulakan hidup baru dengan semangat baru. Kita mungkin tidak mampun untuk menjadi seperti Rasullullah dan para sahabat baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah. Sebelum itu baginda dan para sahabat baginda telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran yang maha hebat sehingga kasut baginda lencun basah dek darah disakiti oleh kaum kafir.

Tapi sekurang-kurangnya kita mampu mengambil semangat baginda dan para sahabat baginda melakukan Hijrah kerana Allah s.w.t. Allah tidak akan mensia-siakan segala perbuatan kita kerana Dia. Allah pasti akan membalasnya walaupun sekadar sebesar zarah kecilnya perbuatan itu.

Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Maka jangan berputus harap dengan rahmat Allah kerana hanya Allah yang tahu saat yang tepat untuk memakbulkan segala doa dan harapan kita. Semoaga kita menjadi hamba-hamba yang dipayungi rahmat-Nya. Amin. 😉

 

(imej: google)

 
Leave a comment

Posted by on November 2, 2013 in Spirituality

 

Harapan dan kembali

(sumber: youtube)

 

Sesungguhnya janji Allah itu pasti,

Ampunila dosa-dosaku ya Allah,

Kerana selalu lalai dan leka dalam mengerjakan suruhan Mu,

Pandanglah daku dengan pandangan rahmat Mu,

Sesungguhnya rahmat Mu dan syafaat dari kekasih Mu yang ku dambakan. Amin.

(tumb up diberi pada penyunting klip ini, hanya Allah yang membalasnya…Amin)

 
Leave a comment

Posted by on October 23, 2013 in Spirituality

 

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1434H

salamAidiladha

Assalamualaikum…

Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha ini saya mengucapkan Kulluam Waantum Bilkhair…

Kepada mereka yang melaksanakan ibadah korban, semoga segala perngorbanan kita lakukan ini kerana-Nya dan deberkati oleh-Nya…amin

Dalam entry kali ini saya ingin menyentuh mengenai bulan terakhir dalam kelander Islam iaitu bulan Zulhijjah di mana bulan kita meraikan Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban.

Di sini saya kongsikan artikel dari Ustaz Zaharuddin Zulhijjah & Aidiladha: Beberapa Isu & Hukum. Semoga kita mendapat manfaat dan pencerahan.

Selamat Beramal. 🙂

 

(imej: google)

 
Leave a comment

Posted by on October 15, 2013 in Spirituality