RSS
Image

Hebatnya keluarga kita

13 Dec

Terima kasih mak abah

Seminggu sebelum exam.

“Assaalamualaikum. Hello mak nanti along exam minggu depan. Nanti mak abah doakan along yer.”

“Waalaikumsalam. Insyaallah, mak abah tak pernah lupa doakan kamu semua. Along dah makan? Dah solat? Jangan berjaga sampai larut malam sangat. Jaga kesihatan tu. Jaga diri baik-baik”. Klik.

Sehari sebelum exam.

“Assalamualaikum. Hello nanti abah mak doakan along boleh jawab exam esok yer. Takut la abah rasa macam tak study apa-apa”.

“Waalaikumsalam. Insyaallah. abah, mak dan adik dah buat solat hajat. Along pun kena banyak-banyak berdoa. Semoga dipermudah segalanya. Along nak takut apa, kan along dah belajar kan?Insyaallah along boleh jawab lah. Dah makan? Jaga diri tu”. Klik.

Sejam lepas exam.

“Assalamualaikum. Hello. Along macam mana exam? Boleh buat tak? Sempat jawab semua?

“Waalaikumsalam. Alhamdulillah. Boleh la adik. Sempat jawab semua. Tapi tak tau betul ke salah. Soalan susah la”. Klik.

Tersenyum sendiri.

Bila kenangkan situasi itu. Rasa terharu dan bangga pun ada. Bukan setakat aku jer yang stress nak exam. Seluruh keluarga aku pun terasa bahangnya. Aku percaya situasi ini pernah juga terjadi pada kau orang kan. Sweet kan. Alhamdulillah syukur segala nikmat yang diberikan dariNya.

famili

Ini diantara situasi-situasi yang berlaku dalam keluarga kita. Bukan setakat exam jer. Banyak lagi situasi dimana seluruh keluarga kita bersatu menghadapinya. Bila salah seorang ahli keluarga kita sakit misalnya. Kita akan automatik tahu peranan kita masing-masing untuk menghadapinya. Mana yang menjaganya, mana yang menyediakan makanan, memandikan dan sebagainya.

Walaupun tengok benda ni kecil. Tapi pada pandangan aku dari bende sekecil inilah akan menjadi impak sungguh besar dalam kehidupan kita.  Pernah dengar kata-kata “pendidikan awal bermula dari rumah”. Jadi bila aku kaitkan situasi tadi dengan kata-kata ni. Aku boleh simpulkan bahawa kita sedang belajar mengenai erti kasih sayang. Dan bermula dari perasaan kasih sayang ini timbul  sifat bertanggungjawab, tolong-menolong dan berkorban demi orang yang kita sayang. Pendek kata kalau kita dah sayang seseorang tu kita akan berkorban apa saja demi dia. Opss. Maksud aku berkorban pada tempatnya. Selagi ia tidak melanggar syariat dan agama kita.

sayang menyangi

Aku belajar, sedang belajar dan akan belajar erti kasih sayang dari mak, abah dan keluarga aku. Mereka adalah orang yang paling aku sayang selepas Allah dan rasul. Tiada siapa dapat menggantikan tempat mereka. Tanpa mereka aku tidak akan menjadi setabah ini untuk mengharungi segala dugaan dan cabaran hidup. Begitu juga dengan diri kita semua. Bermula dari tatihan pertama. Ibu dan ayah kita tidak jemu-jemu memberi semangat dan kekuatan untuk melawan perasaan takut kita untuk memulakan langkah pertama.

Percaya atau tidak sebenarnya kita hidup atas doa orang sekeliling kita. Maka tentulah orang sekeliling kita itu orang yang paling rapat dengan kita. Dia tidak lain dan tidak bukan adalah orang yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan kita iaitu ibu kita. Kerana doa seorang ibu itu tiada hijab di sisi Allah. Doa ayah serta ahli keluarga kita yang lain juga tidak dilupakan. Mereka juga orang-orang yang paling rapat dengan diri kita.

Selagi ada kesempatan yang diberi oleh Allah, aku akan rebut peluang ini untuk membahagiakan mereka. Terutama mak dan abah. Namun langit tidak selalunya cerah. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita bila terjadinya perselisihan faham diantara ahli keluarga kita. Itu perkara biasa. Semua orang menghadapinya. Jika ia terjadi,aku akan berusaha tidak melayan rajuk yang panjang. Takut-takut mengundang murka Allah. Aku akan mohon petunjuk dan pertolongan Allah. Insyaallah. Aku percaya pasti ada jalan penyelesaiannya.

Aku berharap kita bukan tergolong dari golongan yang melupakan mereka bila kita telah berjaya dikemuncak nanti. Kita akan selalu mengenangkan kembali saat susah dan senang ibu dan ayah kita membesarkan kita semua. Ingat redha ibu ayah adalah redha Allah s.w.t. Begitu juga pada ahli keluarga yang lain. Kita tidak seharus melupakan segala jasa-jasa mereka.

Aku berdoa semoga kita semua kekal istiqomah menyayangi keluarga kita selagi nafas dikandung badan. Kerana di sinilah bermulanya tempat tapak penyamaian benih-benih kasih sayang yang akan dan sedang kita sebarkan ke seluruh pelusuk bumi Allah s.w.t ini. Agar bisa memadamkan amarah hati-hati ego dan sombong dengan kenikmatan dunia. Insyaallah.Amin

doa ibubapa

Wallahua’llam.

(imej: google)

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 13, 2013 in Motivation

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: