RSS

Good Luck

22 Nov

Pejam celik..pejam celik..kita telah pun melangkah ke fasa-fasa terakhir tahun 2013..fuhhh..cepat rasa..sekarang dah November..lebih kurang 2 minggu lagi dah nak masuk Disember…huhuhu

Sebenarnya itu bukanlah topik utama saya nak share kali ini…saya sengaja sentuh pasal ni sebab ianya mengingatkan saya..satu musim..yang saya kira tidak keterlaluan la kalau saya samakan dengan musim tengkujuh tu..start dari budak tadika sampai la opah dan atuk kat kampung tu..pendek kata sampai tak senang duduk dia orang ni dibuatnya..musim yang saya maksudkan tu adalah musim “PEPERIKSAAN” atau bahasa glamour sikit “EXAM” heee….

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 14 November 2013 yang lalu adalah keputusan terbaik dalam tempoh 4 tahun kata Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, sumber Sinar Harian.

Pelbagai kisah, suasana, gelagat dan raksi terutama para pelajar semasa keputusan UPSR diumumkan yang dipaparkan di dada-dada akhbar. Gembira, suka, teruja, melompat kegembiraan dan macam-macam lagi la reaksi diorang ni..Antara paling best seorang pelajar Siti Nur FAtini, 12, yang memperoleh 5A dalam semua subjek UPSR telah menerima hadiah sebuah Mini Cooper dari ayahnya, sumber Utusan. Wow…cool!!!..terbaikla dik..

Satu lagi kisah, yang saya rasa paling touching sekali dimana seorang pelajar dari kelas terakhir memperolehi 5A. “Saya nekad mahu membuktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, sumber Harian Metro.

Dua kisah di atas, antara kisah-kisah menarik yang berlaku semasa keputusan UPSR diumumkan. Walaupun hanya UPSR, tapi bagi saya, impaknya sangat besar pada diri saya. Dua kisah tersebut saling berkaitan antara satu sama lain. Ia mangajar kita erti kesungguhan dan ketabahan serta berusaha dalam mencapai apa sahaja yang kita impikan. Dan bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Ar-Raad ayat 11: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.

Kepada semua adik-adik yang menunggu keputusan PMR, good luck, berdoa semoga adik mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi mereka yang menduduki SPM sekarang, good luck, buat yang terbaik serta jangan lupa berdoa semoga tenang dan mudah menjawab soalan yang diberikan. Serta pada semua student-student IPTA/IPTS seluruhnya, tak kisah la dimana anda berada, good luck for final exam. Pesanan terutama pada seluruh student final semester, semua classmate saya termasuklah diri saya ni, semoga kita buat yang terbaik untuk diri kita, rehat yang cukup, jangan langkau waktu makan dan yang paling penting jangan lupa diri-Nya, sentiasa berdoa semoga memperolehi ilmu yang manfaat di dunia dan akhirat. Amin..

1b44c39c71f6ea900679fe6ee6c1ef71 images

 

(imej: google)

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on November 22, 2013 in Motivation

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: