RSS
Image

Impian dan harapan

twilight_at_sunset_widescreen-wide

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik tahun 2013 bakal melabuh tirainya.

Hahhghh…mengeluh.

Cepat betul masa  berlalu. Terasa bagaikan baru sahaja menyambut tahun baru. Tiba-tiba terlintas dalam benak ini antara tanda-tanda kiamat adalah cepatnya masa berlalu. Astagfirullah hala’zim. Semoga kita semua tidak tergolong dalam manusia yang rugi. Seperti mana firman Allah dalam surah Al-Asr ayat 1 hingga 3.

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Bagaimana dengan segala hajat, impian dan harapan kita di tahun ini. Adakah tercapai segala yang diimpikan? Tahniah pada mereka telah mencapainya. Bagi yang masih belum tercapai apa yang dihajati seperti diriku ini. Jangan putus asa. Semoga kita terus berusaha dan melangkah tanpa rasa jemu. Kerana aku yakin Allah tidak akan mensia-sia segala usaha kita selagi matlamat kita tidak bercanggah pada syarak dan syariat Nya. Insyaallah.

Mungkin ada dosa-dosa yang tanpa kita sedari telah menyebabkan segala hajat kita tertangguh. Astagfirullah. Atau mungkin juga Allah rindu akan rayuan dan rintihan kita padaNya. Masyaallah. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui bila waktu yang tepat segala hajat, impian dan harapan kita dimakbulkan. Kita sebagai hamba  Nya harus terus berdoa dan bertawakal pada Allah disamping melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Nya.

Dikesempatan ini, aku berdoa semoga kita semua akan terus istiqomah berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan. Kita mula dengan menyusun ayunan langkah kita dengan penuh tawaduk dan yakin Allah bersama-sama dengan kita. Sekiranya kita selama ini dikelilingi dengan kawan-kawan yang suka menyogok kita dengan nilai negatif. Susun langkah kita agar menghidarinya dengan cermat dan berhemah semoga tiada hati yang terluka. Dekatkan diri kita bersama kawan-kawan yang dapat membina semangat dan mengingati kita pada yang satu.

Selamat menyusun strategi dan matlamat baru. Selamat muhasabah diri kita di sepanjang tahun 2013 ini yang hanya tinggal beberapa hari sebelum melangkah ke 2014 masihi. Segala kenangan manis menjadi penaik semangat kita. Manakala yang pahit menjadi sempadan dan pengajaran untuk kita menghadapi cabaran dan rintangan yang mendatang.

NormalDoa1

Wallahhua’lam. 😉

 

(imej: google)

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 26, 2013 in Motivation

 
Image

Hebatnya keluarga kita

Terima kasih mak abah

Seminggu sebelum exam.

“Assaalamualaikum. Hello mak nanti along exam minggu depan. Nanti mak abah doakan along yer.”

“Waalaikumsalam. Insyaallah, mak abah tak pernah lupa doakan kamu semua. Along dah makan? Dah solat? Jangan berjaga sampai larut malam sangat. Jaga kesihatan tu. Jaga diri baik-baik”. Klik.

Sehari sebelum exam.

“Assalamualaikum. Hello nanti abah mak doakan along boleh jawab exam esok yer. Takut la abah rasa macam tak study apa-apa”.

“Waalaikumsalam. Insyaallah. abah, mak dan adik dah buat solat hajat. Along pun kena banyak-banyak berdoa. Semoga dipermudah segalanya. Along nak takut apa, kan along dah belajar kan?Insyaallah along boleh jawab lah. Dah makan? Jaga diri tu”. Klik.

Sejam lepas exam.

“Assalamualaikum. Hello. Along macam mana exam? Boleh buat tak? Sempat jawab semua?

“Waalaikumsalam. Alhamdulillah. Boleh la adik. Sempat jawab semua. Tapi tak tau betul ke salah. Soalan susah la”. Klik.

Tersenyum sendiri.

Bila kenangkan situasi itu. Rasa terharu dan bangga pun ada. Bukan setakat aku jer yang stress nak exam. Seluruh keluarga aku pun terasa bahangnya. Aku percaya situasi ini pernah juga terjadi pada kau orang kan. Sweet kan. Alhamdulillah syukur segala nikmat yang diberikan dariNya.

famili

Ini diantara situasi-situasi yang berlaku dalam keluarga kita. Bukan setakat exam jer. Banyak lagi situasi dimana seluruh keluarga kita bersatu menghadapinya. Bila salah seorang ahli keluarga kita sakit misalnya. Kita akan automatik tahu peranan kita masing-masing untuk menghadapinya. Mana yang menjaganya, mana yang menyediakan makanan, memandikan dan sebagainya.

Walaupun tengok benda ni kecil. Tapi pada pandangan aku dari bende sekecil inilah akan menjadi impak sungguh besar dalam kehidupan kita.  Pernah dengar kata-kata “pendidikan awal bermula dari rumah”. Jadi bila aku kaitkan situasi tadi dengan kata-kata ni. Aku boleh simpulkan bahawa kita sedang belajar mengenai erti kasih sayang. Dan bermula dari perasaan kasih sayang ini timbul  sifat bertanggungjawab, tolong-menolong dan berkorban demi orang yang kita sayang. Pendek kata kalau kita dah sayang seseorang tu kita akan berkorban apa saja demi dia. Opss. Maksud aku berkorban pada tempatnya. Selagi ia tidak melanggar syariat dan agama kita.

sayang menyangi

Aku belajar, sedang belajar dan akan belajar erti kasih sayang dari mak, abah dan keluarga aku. Mereka adalah orang yang paling aku sayang selepas Allah dan rasul. Tiada siapa dapat menggantikan tempat mereka. Tanpa mereka aku tidak akan menjadi setabah ini untuk mengharungi segala dugaan dan cabaran hidup. Begitu juga dengan diri kita semua. Bermula dari tatihan pertama. Ibu dan ayah kita tidak jemu-jemu memberi semangat dan kekuatan untuk melawan perasaan takut kita untuk memulakan langkah pertama.

Percaya atau tidak sebenarnya kita hidup atas doa orang sekeliling kita. Maka tentulah orang sekeliling kita itu orang yang paling rapat dengan kita. Dia tidak lain dan tidak bukan adalah orang yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan kita iaitu ibu kita. Kerana doa seorang ibu itu tiada hijab di sisi Allah. Doa ayah serta ahli keluarga kita yang lain juga tidak dilupakan. Mereka juga orang-orang yang paling rapat dengan diri kita.

Selagi ada kesempatan yang diberi oleh Allah, aku akan rebut peluang ini untuk membahagiakan mereka. Terutama mak dan abah. Namun langit tidak selalunya cerah. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita bila terjadinya perselisihan faham diantara ahli keluarga kita. Itu perkara biasa. Semua orang menghadapinya. Jika ia terjadi,aku akan berusaha tidak melayan rajuk yang panjang. Takut-takut mengundang murka Allah. Aku akan mohon petunjuk dan pertolongan Allah. Insyaallah. Aku percaya pasti ada jalan penyelesaiannya.

Aku berharap kita bukan tergolong dari golongan yang melupakan mereka bila kita telah berjaya dikemuncak nanti. Kita akan selalu mengenangkan kembali saat susah dan senang ibu dan ayah kita membesarkan kita semua. Ingat redha ibu ayah adalah redha Allah s.w.t. Begitu juga pada ahli keluarga yang lain. Kita tidak seharus melupakan segala jasa-jasa mereka.

Aku berdoa semoga kita semua kekal istiqomah menyayangi keluarga kita selagi nafas dikandung badan. Kerana di sinilah bermulanya tempat tapak penyamaian benih-benih kasih sayang yang akan dan sedang kita sebarkan ke seluruh pelusuk bumi Allah s.w.t ini. Agar bisa memadamkan amarah hati-hati ego dan sombong dengan kenikmatan dunia. Insyaallah.Amin

doa ibubapa

Wallahua’llam.

(imej: google)

 
Leave a comment

Posted by on December 13, 2013 in Motivation

 
Image

Menjaga Hati

 hati

“Maaf, saya tak dapat bagi tahu awak, sebab banyak hati yang perlu saya jaga”

“Tak pe, saya tak ambil hati pun”

“Kalau nak cepat naik pangkat, awak kene pandai ambil hati bos”

“Hati-hati dengan dia tu”

“Rasa macam tak nak balik je, saya dah jatuh hati dengan tempat ni”

Ini diantara ayat-ayat yang selalu kita guna dalam kehidupan seharian kita yang berkaitan dengan hati. Menunjukkan betapa hati itu satu benda yang  penting, berharga dan sangat sensitif bagi kita.

Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka hati sinonim dengan batin, jiwa, roh, emosi dan perasaan. Rasullullah s.w.t pernah bersabda “sesungguhnya dalam jasad anak adam adaseketul daging, seandainya ia baik maka baiklah anggota badannya, seandainya ia rosak maka rosaklah anggota badannya, ketahuilah ia adalah hati” (HR:Bukhari & Muslim).

Maaf, saya bukanlah orang bijak pandai untuk mengupas persoalan mengenai hati ini. Cuma sekadar ingin berkongsi pengalaman saya sebagai hamba Allah yang tidak terlepas dari diuji oleh maha kuasa. Saya percaya bukan saya saja yang mengalaminya, malah ramai lagi yang mempunyai pengalaman yang sama dengan saya.

Saya sering kali diuji dengan sikap manusia yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan dan kekurangan saya. Mengguna diri saya untuk kepentingan atau kepuasan diri sendiri. Mempermainkan hubungan silaturrahim sesama saudara Islam. Saya sedih dan geram. Serta sakit hati. Dari sakit hati berubah menjadi membenci disulami dengan umpat dan keji. Astagfirullah halazim…hinanya saya ini menghina makhluk ciptaan Allah..maafkan saya. Sesungguhnya saya ini manusia serba daif lagi hina yang tidak terlepas dari membuat kesalahan..

Kenapa saya diuji begini? kenapa perlu saya berjumpa dengan manusia begini? sepatutnya saya tak perlu berjumpa manusia begini…saya rimas..saya marah diri saya sendiri.

jangan-menyakiti-hati-isteri

Sehingga satu  hari saya terbaca satu artikel dari laman sesawang. Menurut artikel itu setiap ujian yang diberi Allah sebenarnya untuk mengajar kita membina kekuatan dan keyakinan dalam hidup kita kerana Allah tidak membebani hambaNya malainkan sesuai dengan kesanggupannya. Bersesuaian dengan firman Allah s.a.w dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Saya mencari titik kesatuan. Saya satukan ujian saya dengan ayat ini. Saya terdiam. Subhanallah. Maha suci Allah. Rupanya Allah mengajar saya untuk menjadi seorang yang kuat terutama menghadapi manusia yang mempunyai pelbagai sifat dan perangai. Allah mengajar saya supaya mencari sahabat yang dapat membimbing kita ke jannah. Mencari sahabat yang menenangkan jiwa. Dan yang penting berwaspada dalam pergaulan seharian kita. Supaya tidak mengundang perkara-perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah s.w.t. Nauzubillah.

Allhamdulillah, akhirnya saya mengerti kenapa saya sering dijuji begini. Saya redha dan bersyukur diuji begini. Ia membuat saya lebih dekat dan tenang dengan Allah. Dan yang lebih penting lagi hati saya semakin tenang menghadapi ujian yang mendatang. Insyaallah.

hati 7

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak mengenai memberi manfaat kepada kita semua.

Wallahhua’llam

H4

(imej: google)

 
Leave a comment

Posted by on December 11, 2013 in Spirituality

 
Image

Ujian hidup

kucing-sepi_sedih

Aku :

Aku tertekan….

Al-Quran :

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (surah Ghaafir, ayat 60)

Aku :

Bila doa aku akan dimakbulkan?

Al-Quran :

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang” (surah Al-Baqarah, ayat 45)

Aku :

Kenapa aku?

Al-Quran :

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (surah Al-Baqarah, ayat 286)

Aku :

Sampai bila?

Al-Quran :

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

Aku :

Namun aku sudah berdoa…

Al-Quran :

“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir ” (surah Yusof, ayat 87).

ujian-allah3

Aku :

Maafkan diriku berkeluh kesah begini…ya Allah…

Al-Quran :

“…dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (surah Al-Baqarah,ayat 199)

pelangi1

redha

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (surah Al-Baqarah, ayat 286)

Amin…ya robbala’lamin…

 

(imej: google)

 
Leave a comment

Posted by on December 9, 2013 in Spirituality

 
Image

Jihad ku..

Jihad ku..

Suasana keheningan malam kian terasa di kawasan perumahan rumah pangsa enam belas tingkat ini. Angin sepoi-sepoi bahasa menerjah masuk tingkap bilik menyapa kain langsir. Terbuai-buai lembut. Dari lepas insyak tadi aku masih di tempat yang sama. Di suatu sudut dalam bilik ku menghadap laptop dan buku-buku. Membuat persediaan bagi kertas terakhir yang berbaki tinggal sehari lagi. Berselang-seli menyiapkan tugasan yang akan dihantar seminggu selepas peperiksaan nanti. Stress,penat dan terasa tidak yakin yang aku akan dapat menjawab kertas soalan itu nanti dengan sebaik mungkin.

Aku memicit kepala yang pening dan tengkuk yang mula mengebas sambil mengerling jam dinding yang menunjukkan angka 1.18 pagi…hahhhhhh…satu keluhan seraya keluar dari mulut ku. Masih banyak lagi bab perlu ditelaah dan tugasan yang perlu dihabiskan. Sambil tangan masih melekat di keyboard laptop tetiba-tiba terlintas di fikiran untuk mencari kata-kata hikmah sebagai penguat jiwa yang makin tertekan dan serabut ini. Lalu jari-jemari ku pantas mencari. Dari satu laman ke laman yang lain aku singgah. Sehinggalah aku terpaku pada kata hikmah “mencari ilmu adalah jihad”. Aku seraya berdoa…

“Ya Allah, sesungguhnya Kau maha adil. Engkau tidak pernah mensia-siakan amalan hamba-hambaMu, walaupun ia hanya sebesar zarah sekali pun. Engkau tetap membalasnya.”

Aku sebak dan terkedu seketika. Terasa segala kepenatan dan tekanan hilang dibawa angin malam ini. Aku bangun lalu menuju ke tingkap. Menghirup udara sejuk. Mendongak merenung langit malam tanpa dihiasi bintang. Sambil hati mengucapkan syukur atas segala rahmat yang diberikan kepada diri aku yang hina ini. Terima kasih Ya Allah..

Aku melontar pandangan jauh melihat susana malam seketika dan kembali semula ke tempat “pertapaan” ku dengan satu semangat dan satu jihad…

study    exam

(imej: google)

 
Leave a comment

Posted by on December 5, 2013 in Motivation

 
Video

Love our environment

Hi friends,

Just want to share one short story of animation from youtube. So cute…and cool. This story or maybe I can say the example about small creatures suffer from pollution made by human….or done by us but we not aware it…huhuhu…even it just a very small thing…but affect to our environment system.

We seldom talk about pollution effect against this small creatures. Normally we just discuss big things like pollution against water, air, land, noise and light. But when I watched this story..then I know actually there is other life with us that we need to respect it in appropriate way. In fact, we just know to say “syuhh!!…syuhh!!…go away….” when fly come to our food, ant inside our drink, snail at our garden and etc…I believe if we know how to keep our place nice and clean, they will not disturb our life and we also not disturb their food chain.

food_chain_drawing_l

So start from now, we need to ensure we not litter the rubbish even it is only a chewing gum at anywhere. Please throw it in appropriate place…not only you but also as remainder to myself too…huhuhu..

images

Ok….thant’s all for now…hope you enjoy this short movie…heee

c u 🙂

 

(images: google)

 
Leave a comment

Posted by on December 4, 2013 in Motivation

 
Image

Jom Solat Dhuha

Jom Solat Dhuha

Dari Abu Hurairah r.a berkata Nabi Muhammad s.a.w telah berwasiat kepadanya supaya berpuasa 3 hari pada setiap bulan, mengerjakan solat dhuha 2 rakaat dan solat witir sebelum tidur (muntafakun alaih).

foto-dhuha

Bila masa yang sesuai untuk mengerjakan solat Dhuha ni. Sebaik-baik waktu diantara masuk waktu shuru’ sampai matahari naik segalah…maksudnyer sampai matahari naik hingga tegak di atas kepala…lebih kurang begitula..mengikut laman web rasmi Pejabat Mufti Negeri Sarawak, waktu melakukan solat Dhuha ialah dari waktu naik matahari sehingga waktu condong matahari kearah barat dan pengiraan waktu Dhuha secara astronomi adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan ia berakhir setelah masuk waktu Zuhur.

Contoh pengiraan berdasarkan formula astronomi;

Waktu Dhuha   =   Waktu Syuruk + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh)

Contoh Jadual Waktu Sembahyang di Mukah (Zon 4) pada 16 Mac 2011 ;

Waktu Syuruk:  0638 pagi

Waktu Subuh :  0524 pagi

Waktu Dhuha di Mukah pada 16 Mac 2011 ialah :

Waktu Syuruk ( 0638 pagi) + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh) (0638 pagi – 0524 pagi = 1jam 14 Minit @ 74 minit)

= 0638 pagi + 1/3 (74 Minit)

= 0638 pagi + 25 minit

= 0703 pagi adalah waktu permulaan waktu Dhuha pada kawasan tersebut.

Tips-Murah-Rezeki-Solat-Sunat-Dhuha

Seungguhnya solat sunat Dhuha adalah sunat yang dituntut. Besar fadilat dan kelebihan pada sesiapa yang mengerjakannya. Ia bukan sahaja pembuka segala pintu rezeki malah sebagai motivasi kepada semua sekalian hambaNya untuk belumba-lumba memulakan permulaan hari dengan melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik, tenang dan aman di bawah payung rahmat Allah s.w.t. Semoga kita istiqomah mengerjakannya serta melakukan dengan penuh kusyuk dan tertib seperti mana kita melakukan amalan-amalan wajib sehari semalam dalam kehidupan kita.

dhuha11

Wallahua’lam….selamat beramal 😉

 

(imej: google)

 
Leave a comment

Posted by on December 4, 2013 in Spirituality